Fungsi, Objektif dan Polisi

Fungsi Syarikat

Peranan utama syarikat sebagai pemangkin dan penjana industri bioteknologi kesihatan berasaskan pertumbuhan kosmetik di Negeri Kelantan, sekaligus memajukan berasaskan kesihatan khususnya produk yang bernilai kosmeseutikal berasaskan herba dan bahan semulajadi.

Polisi Syarikat

Mengutamakan keselamatan dan kualiti produk terjamin & halal (bebas dari kimia yang terlarang & memudaratkan pengguna).

Objektif Syarikat

Membina keupayaan jangka panjang di dalam bidang Bioteknologi Kesihatan dan Kosmeseutikal sekaligus menjadi peneraju dalam mengeluarkan produk kosmetik halal & selamat di Malaysia.

Menjadi pemangkin kepada pertumbuhan industri Bioteknologi Kesihatan Negeri Kelantan, khususnya melalui penglibatan usahawan-usahawan Bumiputera dalam memperkasakan ekonomi dan taraf hidup masyarakat.

Menjadikan jenama Nutrifera & Tajmeel satu jenama unik yang mewarnai pasaran produk kesihatan, penjagaan diri dan kosmetik halal negara dengan inovasi bioteknologi herba dan bahan semulajadi terkini.

Shopping Cart