Program Belia Bio Usahawan

Objektif utama untuk membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat di Negeri Kelantan dan mengurangkan kadar pengangguran terutamanya dalam golongan belia, maka Program Belia Bio Usahawan telah diwujudkan sebagai suatu platform untuk menyediakan peluang aktiviti perniagaan dan pembangunan kerjaya dalam pemasaran secara atas talian (online).

Program ini merupakan anjuran Urus Setia Belia dan Sukan (UBES) Negeri Kelantan dengan kerjasama Bio Tajmeel Cosmeceutical Sdn Bhd yang telah dilaksanakan pada 17 Februari 2022. Seramai 28 orang peserta telah berjaya dikumpulkan pada Majlis Penyerahan Kit Bio Tajmeel di Bilik Gerakan Negeri Kota Darul Naim. Perasmian majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Ustaz Wan Roslan Bin Wan Hamat iaitu Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan. Majlis menerima ucapan alu-aluan daripada Ustaz Nasruddin Mahmud Muhaidin selaku Pengarah Urus Setia Belia & Sukan dan Pengurus Bio Tajmeel, Pn, Zairos Fadiela Zainal Abidin. 

Manfaat Program Belia Bio Usahawan antaranya para peserta 1) dapat menjana pendapatan sehingga RM1500 sebulan dengan mengikut kelas pemasaran digital Nutrifera, 2) mempelajari ilmu pemasaran dan jualan, 3) memperolehi slip pendapatan bulanan sekiranya mencapai KPI yang ditetapkan, 4) layak mendapat Skim Perlindungan Pendapatan (Takaful) dan 5) mendapat Modal Perniagaan bernilai RM375 dalam bentuk produk (Kit Bio Tajmeel) secara percuma.

Ringkasnya, Program Belia Bio Usahawan ini memberikan bantuan modal perniagaan secara percuma untuk para peserta bagi memulakan kerjaya dan perniagaan secara atas talian dengan bimbingan Bio Tajmeel Cosmeceutical Sdn Bhd. Walaubagaimanapun, kejayaan program ini bergantung kepada iltizam dan komitmen para peserta sendiri. Seolah-olah sudah diberikan “joran” untuk menangkap “ikan”, hanya memerlukan kesungguhan para peserta sahaja untuk bertindak mendapatkan hasil tangkapan tersebut.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart