Kepakaran dan Strategi

Kepakaran Syarikat

Mempunyai kilang berstatus Good Manufacturing Practise (GMP) kilang yang diiktiraf oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dibawah Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) dan diiktiraf Halal oleh JAKIM (bersih, selamat dan toyyiba).

Mempunyai kepakaran dan pengalaman yang luas melebihi 12 tahun dalam formulasi dan pengilangan produk kesihatan dan kecantikan yang berkualiti, berkesan, selama dan diyakini halal.

Mengkomersilkan produk kesihatan dan kecantikan berasaskan kepada Minyak Kelapa Dara (VCO) jenama NUTRIFERA selaku produk Bumiputera & keluaran kerajaan Negeri Kelantan setanding dengan produk kesihatan dan kecantikan multinasional yang lain.

Mengkormersilkan produk penjagaan diri jenama TAJMEEL selaku produk keluaran kerajaan Negeri Kelantan setanding dengan produk penjagaan diri multinasional yang lain di pasaran pasaraya.

Strategi Syarikat

Pendekatan 1
Memberi tumpuan kepada meningkatkan pengkormesilan produk kesihatan dan kecantikan berasaskan bahan semulajadi sedia ada.

Pendekatan 2
Memberi fokus kepada teknologi bio-kesihatan yang bernilai tambah (kosmeseutikal) untuk membina keupayaan jangka panjang.

Pendekatan 3
Membantu dan menggalakkan penglibatan sektor awam dan swasta sebagai pemacu utama industri bioteknologi kesihatan & kecantikan.

Pendekatan 4
Memupuk dan membina modal insan dan harta intelek di dalam bioteknologi.

Pendekatan 5
Mengadakan usahasama dan perkongsian bijak dengan semua usahawan dalam bidang kesihatan dan kecantikan termasuk agensi kerajaan atau swasta.

Kilang Kosmetik OEM
Bio Tajmeel

Kilang Kosmetik OEM Bio Tajmeel terletak di Lot 965, Banggol Chantik, Batu 23 Jalan Kota Bharu – Machang, 18500 Machang, Kelantan.

Pejabat Urusan
Bio Tajmeel Machang

Pejabat Operasi & Penyelidikan Bio Tajmeel terletak di Lot 3174, Batu 23 Jalan Kota Bharu- Machang, 18500 Machang, Kelantan.

Pejabat Urusan
Bio Tajmeel Kota Bharu

Pejabat Urusan Korporat Bio Tajmeel terletak di Tingkat 3, Bangunan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Jalan Kuala Krai, 15050 Kota Bharu, Kelantan.

Butik Kecantikan
Bio Tajmeel

Butik Kecantikan Bio Tajmeel terletak di Tingkat 1, Bangunan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Jalan Kuala Krai, 15050 Kota Bharu, Kelantan.

Shopping Cart