Pencapaian & Perkhidmatan

Bio Tajmeel Cosmeceutical Sdn Bhd telah dinobatkan sebagai salah seorang penerima Malaysia Digital Business Award 2021 pada 1 April 2022. Malam anugerah yang telah dijayakan oleh pihak Funnel Evo iaitu jenama di bawah SIFOO International Sdn. Bhd ini, telah dihadiri oleh pelbagai usahawan dan pengasas produk kecantikan terkemuka di Malaysia termasuk Dato’ Seri Vida yang berlangsung di The Everly Hotel Putrajaya, Kuala Lumpur.

Malaysian Business Leadership Award 2022

Menerusi penulisan di Facebook Pn. Zairos Fadiela, beliau telah menerbitkan rasa syukur kerana telah dinobatkan sebagai Malaysian Business Leadership Award 2022 pada malam anugerah tersebut setelah 5 tahun memegang amanah sebagai Pengurus Syarikat Bio Tajmeel Cosmeceutical Sdn Bhd.

Beliau turut menyatakan rasa terima kasih kepada Pengerusi Syarikat iaitu Dato’ Hajah Mumtaz Md Nawi selama 5 tahun dalam mencurahkan idea dan bertungkus-lumus memajukan syarikat dan tidak dilupakan juga kepada semua Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Tambah beliau, kejayaan ini bukan kejayaan beliau sahaja tetapi kejayaan semua kakitangan Syarikat Bio Tajmeel, yang lebih dikenali sebagai Mujahadah Bio Tajmeel.

Bio Tajmeel Cosmeceutical Sdn Bhd (H-892056)

4800 +
Curated Products
+
Curated Products
+
Product Categories
Shopping Cart