Perkhidmatan & Projek

Kilang OEM

Menjalankan aktiviti pengilangan produk jenama sendiri kepada usahawan atau pengasas produk seperti produk kosmetik, penjagaan diri, makanan kesihatan serta produk tradisional. Fokus utama adalah pengeluaran produk halal, selamat dari bahan kimia berbahaya serta diluluskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Projek Kerajaan Negeri

Menjadi pemangkin kepada pertumbuhan industri Bioteknologi Kesihatan Negeri Kelantan, khususnya melalui penglibatan usahawan- usahawan bumiputera dalam memperkasakan ekonomi dan taraf hidup masyarakat dengan menganjurkan Bengkel Penghasilan Produk- Produk Hiliran Berasaskan Industri Asas Tani, Industri Halal dan Bengkel Pembangunan Usahawan

Produk Jenama Nutrifera

Mengkomersilkan produk kesihatan dan kecantikan halal dan selamat berasaskan Minyak Kelapa Dara (VCO) yang berkualiti setanding dengan produk kesihatan dan kecantikan multinasional yang lain melalui segmen pemasaran yang menggunakan sistem ejen atau dropship di seluruh Malaysia.

Pembangunan Usahawan

Mengadakan usahasama dan perkongsian bijak dengan semua usahawan dalam bidang keusahawanan terutama dalam ilmu perniagaan digital serta pembangunan ejen di kalangan usahawan di seluruh Malaysia. Antaranya Skim Usahawan Bio serta Pembangunan Belia Bio Usahawan di Negeri Kelantan.

Produk Jenama Tajmeel

Produk Penjagaan Diri berasaskan kepada bahan semulajadi seperti Minyak Zaitun dan merupakan salah satu produk keluaran kerajaan Negeri Kelantan yang setanding dengan produk penjagaan diri multinasional yang lain di pasaran pasaraya dengan harga yang lebih berpatutan.

Perkhidmatan yang ditawarkan

KONSULTASI, PEMBANGUNAN FORMULASI DAN PENGILANGAN PRODUK

PENDAFTARAN PRODUK (KKM DAN JAKIM)

UJIAN MAKMAL PRODUK

PENGELUARAN PRODUK JENAMA SENDIRI

This is the heading

Berikut antara proses pengeluaran produk-produk jenama sendiri di Kilang Kosmetik Bio Tajmeel yang mematuhi piawaian GMP (Good Manufacturing Practise) dan mendapatkan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jenama & Slogan Produk Syarikat Bio Tajmeel

Produk Nutrifera

Produk Tajmeel

Produk Keluaran Syarikat Bio Tajmeel

Produk Nutrifera

MINYAK KELAPA DARA ASLI

  • 100% daripada Minyak Kelapa Dara Asli yang berkualiti tinggi hasil bumi Kelantan.
  • Mampu meningkatkan sistem metabolisma dan sistem imunisasi badan.
  • Membantu mencegah jangkitan bakteria, yis kulat dan virus di permukaan kulit kepala atau kulit badan.
  • Meningkatkan kadar pertumbuhan sel kulit, sel rambut dan sel badan manusia.
  • Membantu meningkatkan fungsi kardiovaskular dan mengurangkan risiko sakit jantung.
  • Meningkatkan fungsi kelenjar tiroid dan bersifat anti-inflamasi. Membekalkan tenaga segera ketika keletihan.
  • Membantu penyerapan zat-zat, mineral dan vitamin

SET RAWATAN DAN PENJAGAAN RAMBUT

  • Set Rawatan Rambut Nutrifera dilengkapi dengan Syampu, Perapi dan Tonik rambut yang berasaskan Minyak Kelapa Dara dan beberapa bahan semulajadi yang lain seperti Minyak Zaitun, Minyak Argan, Minyak Babasu dan Minyak Badam.
  • Mampu mengatasi masalah kelemumur dan kegatalan kulit kepala.
  • Menyelesaikan masalah rambut kering dan mengerbang serta dapat memperbaiki struktur rambut yang rosak.
  • Sesuai digunakan pelbagai peringkat umur termasuk kanak- kanak kerana produk berasaskan bahan semulajadi dan bebas bahan kimia berbahaya.
  • Formulasi yang berkesan daripada Unit R&D Nutrifera yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam formulasi produk kesihatan dan kecantikan.
  • Rambut terasa lembut, wangi dan kulit kepala berasa segar setelah menggunakannya.

TABLET KUNYAH SUSU NUTRIFERA

  • Dirumus dengan kandungan Minyak Kelapa dan tinggi kandungan asid laurik yang bersifat anti-bakteria, anti-kulat dan anti-virus sehingga 35%.
  • Mengandungi Vitamin C yang bersifat antioksidan sebanyak 50 mg per tablet.
  • Diperkaya dengan Inulin (serat larut) iaitu sejenis prebiotik yang baik untuk usus dan sistem penghadaman.
  • Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan dan meningkatkan sistem metabolisma.
  • Membantu meningkatkan penyerapan mineral, zat besi dan mengurangkan toksin di dalam badan.
  • Membekalkan tenaga tambahan dan meningkatkan kecerdasan otak.
  • Terdapat 2 jenis perisa Tablet Susu Kunyah Nutrifera iaitu Perisa Vanila dan Perisa Strawberi.

SHOWER GEL NUTRIFERA

  • Mengandungi Minyak Kelapa Dara bagi melembapkan dan melembutkan kulit badan.
  • Tiada SLES & SLS yang menyebabkan proses rembesan minyak (sebum) semulajadi pada kulit badan.
  • Mengatasi masalah kulit gatal, kering dan bersisik.
  • Sesuai dan selamat digunakan untuk seisi keluarga termasuk kanak-kanak.
  • Badan berasa segar dan wangi selepas menggunakannya.
  • Dapat digunakan tanpa kerisauan akan status halal dan kelulusan KKM.
  • Formulasi berkesan yang menjadikan kulit badan lembut dan mulus.

THERAPY OIL & THERAPY OIL ROLL ON NUTRIFERA

  • Diperkaya dengan kandungan Minyak Kelapa Dara, Serai Wangi, Minyak Kayu Putih dan Peppermint (dan ditambah dengan Ekstrak Vanila bagi Therapy Oil Roll On sahaja).
  • Melegakan sakit dan pening kepala dengan bau segar dan sensasi penyejukan di dalam formulasi.
  • Membuang angin dalam badan dan melancarkan peredaran darah.
  • Membantu mengatasi masalah sakit otot, sengal sendi dan lenguh-lenguh badan.
  • Membantu mengurangkan sakit senggugut (period pain)
  • Boleh juga digunakan sebagai insect repellant semasa melakukan aktiviti di luar rumah.
  • Bentuk Therapy Oil Roll On yang mudah disapu pada bila-bila masa dan mudah dibawa ke mana-mana.

DAILY FEMININE WASH NUTRIFERA

  • Mengandungi Ekstrak Sireh dan Ekstrak Manjakani yang bersifat antibakteria semulajadi.
  • Mengubati masalah keputihan dan kegatalan pada bahagian intim wanita.
  • Membasmi bakteria dan kuman yang menyebabkan faraj berbau.
  • Mampu menegangkan semula otot-otot dalam faraj.
  • Meningkatkan keyakinan diri wanita kerana tiada lagi masalah ketidakselesaan dan kegatalan pada bahagian intim.

HAND & BODY LOTION NUTRIFERA

  • Mengandungi Minyak Kelapa Dara dan Propolis (Bersifat Antioksidan) bagi membantu melindungi kulit daripada sinaran UV.
  • Mengekalkan kesihatan kulit serta mengelakkan kedutan dan penggelupasan kulit.
  • Mengekalkan kelembutan dan keanjalan kulit.
  • Boleh digunakan sebagai losyen harian.

FACIAL SOAP NUTRIFERA

  • Mengandungi Minyak Kelapa Dara, Minyak Zaitun, Madu dan Ekstrak Aloe Vera yang bersifat antimikrob, mengurangkan keradangan, melembapkan dan mempercepatkan proses penyembuhan luka.
  • Mencegah dan melindungi kulit muka daripada jangkitan bakteria dan mengurangkan pertumbuhan jerawat pada wajah.
  • Melembapkan kulit dan memudarkan parut jerawat dan jeragat. Masalah kegatalan dan ruma muka dapat diatasi.
  • Mencegah muka daripada mengalami kelembapan yang berlebihan dan mengelakkan muka berminyak.
  • Mengandungi Minyak Pudina yang memberikan kesan berangin dan segar pada wajah selepas menggunakannya.

FOUNDATION & MINI FOUNDATION NUTRIFERA

  • Mengandungi Minyak Zaitun dan Aloe Vera yang bersifat antimikrobial dan mampu melembapkan kulit muka.
  • Mengandungi SPF 35 untuk melindungi kulit daripada sinaran UV. Menjadikan kulit lebih glowing dan sekata apabila memakainya.
  • Medium coverage, tekstur yang ringan dan tidak terlalu pekat membuatkan lebih senang dipakai dan cepat diratakan (blend).
  • Boleh didapati dalam 2 saiz berbeza iaitu yang besar dan mini foundation.
  • Terdapat dalam 3 code warna iaitu code Beige, Ivory dan Natural.

LIPMATTE NUTRIFERA

  • Mengandung Minyak Zaitun dan Propolis yang bersifat tinggi antioksidan dan dapat merawat bibir menggelupas.
  • Melembapkan dan melembutkan bibir serta tidak memberikan rasa melekit apabila memakainya.
  • Bibir terasa lebih selesa kerana teksturnya yang ringan.
  • Boleh dipakai pada bibir yang kering dan menggelupas.
  • Terdapat 5 code warna iaitu Habsah, Khadijah, Shafiyah, Aisyah dan Mariah.

Produk Tajmeel

MOISTURIZING SHOWER GEL

  • Diperkaya dengan Minyak Zaitun dan Ekstrak Beras
  • Dirumus khas untuk mengekalkan kelembapan berpanjangan dan mencerahkan kulit
  • Sesuai digunakan untuk kulit badan sensitif kerana mandian bersifat lembut

NOURISHING SHAMPOO

  • Diperkaya dengan Minyak Zaitun dan Vitamin B5 agar rambut kelihatan lebih sihat.
  • Dirumus khas untuk melembabkan dan menguatkan akar rambut untuk rawatan kelemumur segera.
  • Bebas daripada bahan kimia berbahaya seperti SLS atau SLES

HAIR CONDITIONER

  • Diperkaya dengan Minyak Zaitun dan Vitamin B5.
  • Memberi kelembutan dan keanjalan kepada helaian rambut.
  • Pro-Vitamin B5 yang membantu untuk memberikan kelembapan perlu pada helaian rambut di samping menguatkan dan melembutkan rambut.

FLORAL SCENTED HANDWASH

  • Pencuci tangan beraroma floral lembut yang berkesan membersihkan dan melindungi tangan daripada kekeringan.
  • Berfungsi membersihkan tangan di samping melembabkan dan melembutkan kulit.

INSTANT HAND SANITIZER

  • Berkesan membasmi kuman dan bakteria.
  • Formulasi tanpa perlu dibilas dan tidak melekit.
  • Mengandungi Vitamin E (beads) yang membantu melembapkan kulit.
  • Botol yang bersaiz kecil dan ringan memudahkan untuk dibawa kemana-mana sahaja.

AROMATHERAPY MASSAGE OIL

  • Campuran pati minyak semulajadi (Virgin Coconut Oil, Citronella Oil, Peppermint Oil & Eucalyptus Oil)
  • Untuk urutan yang menenangkan

TAJMEEL TRAVEL KIT

Mengandungi:

  • Nourishing Hair Shampoo (40ml)
  • Moisturizing Body Wash (40ml)
  • Aromatherapy Massage Oil (40ml)
  • Instant Hand Sanitizer (40ml)

Dipakej dalam botol kecil sesuai untuk dibawa semasa bercuti atau melancong

Projek Kerajaan Negeri

Bengkel Formulasi Produk Kosmetik dan Penjagaan Diri Berasaskan Minyak Kelapa Dara

Bio Tajmeel Cosmeceutical Sdn Bhd dengan kerjasama Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar telah mengadakan sebuah Bengkel Formulasi Produk Berasaskan Minyak Kelapa Dara (VCO) pada 17 Ogos 2022 yang lalu.

Matlamat utama bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan kepada rakyat mengenai ilmu dan teknik penghasilan produk kecantikan dan penjagaan diri yang berasaskan bahan semulajadi, selamat dan boleh dilakukan secara kecil-kecilan dari rumah. Hal ini sekaligus, dapat menggalakkan rakyat menceburi bidang keusahawanan dan menjana pendapatan dengan memanfaatkan segala sumber alam semulajadi yang ada contohnya Minyak Kelapa Dara.

Bengkel ini telah dijalankan di Bilik Mesyuarat 1, Bangunan FAMA, RTC Tunjong yang dihadiri oleh 41 orang peserta dan melibatkan 3 orang Saintis Bio Tajmeel. Perasmian bengkel ini telah disempurnakan oleh YB Ustaz Haji Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau & Alam Sekitar Negeri Kelantan.

Antara aktiviti yang dilakukan adalah Demonstrasi Penghasilan Minyak Kelapa Dara (VCO), Minyak Aromaterapi, Pembuatan Sabun Badan, Sabun Muka, Balm dan Lip Balm yang berasaskan Minyak Kelapa Dara serta aktiviti cabutan bertuah. Para peserta turut didedahkan dengan penerangan kilang kosmetik halal dan berstatus GMP milik syarikat Bio Tajmeel selaku pengeluar produk kosmetik dan penjagaan diri di negeri Kelantan serta penerangan mengenai peluang bina kerjaya bersama Nutrifera sebagai pendedahan awal dunia bisnes sebelum peserta benar-benar menceburi bidang keusahawanan.

Bengkel ini telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada para peserta sehingga ada yang telah berjaya menjual Minyak Kelapa Dara Asli secara kecil-kecilan setelah mengikuti bengkel ini. Diharapkan agar bengkel sebegini dapat diteruskan lagi bagi membuka peluang perniagaan kepada rakyat Kelantan.

Pembangunan Usahawan

Program Belia Bio Usahawan

Objektif utama untuk membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat di Negeri Kelantan dan mengurangkan kadar pengangguran terutamanya dalam golongan belia, maka Program Belia Bio Usahawan telah diwujudkan sebagai suatu platform untuk menyediakan peluang aktiviti perniagaan dan pembangunan kerjaya dalam pemasaran secara atas talian (online).

Program ini merupakan anjuran Urus Setia Belia dan Sukan (UBES) Negeri Kelantan dengan kerjasama Bio Tajmeel Cosmeceutical Sdn Bhd yang telah dilaksanakan pada 17 Februari 2022. Seramai 28 orang peserta telah berjaya dikumpulkan pada Majlis Penyerahan Kit Bio Tajmeel di Bilik Gerakan Negeri Kota Darul Naim. Perasmian majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Ustaz Wan Roslan Bin Wan Hamat iaitu Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan. Majlis menerima ucapan alu-aluan daripada Ustaz Nasruddin Mahmud Muhaidin selaku Pengarah Urus Setia Belia & Sukan dan Pengurus Bio Tajmeel, Pn, Zairos Fadiela Zainal Abidin.

Manfaat Program Belia Bio Usahawan antaranya para peserta 1) dapat menjana pendapatan sehingga RM1500 sebulan dengan mengikut kelas pemasaran digital Nutrifera, 2) mempelajari ilmu pemasaran dan jualan, 3) memperolehi slip pendapatan bulanan sekiranya mencapai KPI yang ditetapkan, 4) layak mendapat Skim Perlindungan Pendapatan (Takaful) dan 5) mendapat Modal Perniagaan bernilai RM375 dalam bentuk produk (Kit Bio Tajmeel) secara percuma.

Ringkasnya, Program Belia Bio Usahawan ini memberikan bantuan modal perniagaan secara percuma untuk para peserta bagi memulakan kerjaya dan perniagaan secara atas talian dengan bimbingan Bio Tajmeel Cosmeceutical Sdn Bhd. Walaubagaimanapun, kejayaan program ini bergantung kepada iltizam dan komitmen para peserta sendiri. Seolah-olah sudah diberikan “joran” untuk menangkap “ikan”, hanya memerlukan kesungguhan para peserta sahaja untuk bertindak mendapatkan hasil tangkapan tersebut.

Bio Tajmeel Cosmeceutical Sdn Bhd (H-892056)

4800 +
Curated Products
+
Curated Products
+
Product Categories
Shopping Cart