Kenyataan Pengurus

Pengurus

Pn. Zairos Fadiela Binti Zainal Abidin

Pn. Zairos merupakan graduan Sains Gunaan (Bioteknologi) dengan Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) pada tahun 2007. Beliau memula kerjaya dalam bidang bioteknologi di Kelantan Biotech Corp Sdn Bhd pada awal 2008 sebagai seorang saintis dan giat menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan produk berasaskan bahan semula jadi termasuklah dalam pengkomersilan Teknologi Kultur Tisu dan penghasilan Teknologi Enzim. Beliau turut terlibat secara langsung dalam Pembinaan Makmal Kultur Tisu Tumbuhan pertama di Pantai Timur pada tahun 2009 yang pertama di bawah Kerajaan Negeri Kelantan serta pembinaan kilang kosmetik dan penjagaan diri yang berstatus GMP di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2010.

Objektif utama penubuhan kilang GMP adalah untuk mengkomersilkan produk berasaskan tanaman kelapa yang lebih bernilai tambah tidak tertumpu kepada penghasilan santan dan air kelapa sahaja. Ini sekaligus meningkatkan pendapatan masyarakat setempat dengan menyediakan peluang pekerjaan serta mengkomersilkan produk bernilai Nutraseutikal iaitu Minyak Kelapa Dara di bawah jenama Nutrifera. Ini merupakan cetusan idea daripada Al Marhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan pada masa tersebut.

Harapan saya selaku Pengurus Bio Tajmeel adalah menjadikan syarikat ini No. 1 di Malaysia sebagai pengeluar produk kosmetik dan penjagaan diri dan kesihatan halal dan selamat serta berdaya saing di peringkat antarabangsa menjelang tahun 2022.

Masyarakat kita pada hari ini terlalu terdedah kepada penggunaan produk kosmetik, produk minuman dan makanan kesihatan yang sangat memudaratkan kesihatan sebagai contoh penggunaan Hidroquinone dan Tretion sebagai ejen pemutih serta penggunaan steroid dalam minuman kesihatan yang menjejaskan kesihatan buah pinggang dan fungsi hati. Oleh itu, pentingnya peranan dan tanggungjawab kami selaku pengilang dan pakar dalam membangunkan formulasi produk yang selamat dan berkesan serta memberi kesedaran kepada masyarakat di luar sana.

Shopping Cart