admin

Program PPWK

Program ini melibatkan 4 zon iaitu Zon 1(Tumpat, Pengkalan Chepa, Kota Bharu & Kubang Kerian), Zon 2 (Ketereh, Bachok, Pasir Puteh & Machang), Zon 3 (Rantau Panjang, Pasir Mas, Jeli & Tanah Merah) serta Zon 4 (Kuala Krai dan Gua Musang). Program ini disasarkan kepada golongan wanita yang berminat untuk menjadi ejen dan stokis bagi jualan produk NUTRIFERA dan mula dilaksanakan pada bulan November dan Disember 2023.

Program PPWK Read More »

Program Belia Bio Usahawan

Objektif utama untuk membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat di Negeri Kelantan dan mengurangkan kadar pengangguran terutamanya dalam golongan belia, maka Program Belia Bio Usahawan telah diwujudkan sebagai suatu platform untuk menyediakan peluang aktiviti perniagaan dan pembangunan kerjaya dalam pemasaran secara atas talian (online). Program ini merupakan anjuran Urus Setia Belia dan Sukan (UBES) Negeri Kelantan

Program Belia Bio Usahawan Read More »

Bengkel Formulasi Produk Kosmetik dan Penjagaan Diri Berasaskan Minyak Kelapa Dara

Bio Tajmeel Cosmeceutical Sdn Bhd dengan kerjasama Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar telah mengadakan sebuah Bengkel Formulasi Produk Berasaskan Minyak Kelapa Dara (VCO) pada 17 Ogos 2022 yang lalu. Matlamat utama bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan kepada rakyat mengenai ilmu dan teknik penghasilan produk kecantikan dan penjagaan diri

Bengkel Formulasi Produk Kosmetik dan Penjagaan Diri Berasaskan Minyak Kelapa Dara Read More »

Shopping Cart